Friday, August 21, 2009

Hadis

Hadis-hadis nabi tentang solat sunat

Baginda S.A.W. bersabda yang maksudnya
“sesiapa mengerjakan sembahyang dua rakaat yakni apa-apa jenis sembahyang sunat yang dilakukan dalam tempat yang sunyi tanpa ada yang melihat melainkan ALLAH dan malaikat-Nya, nescaya ditetapkan baginya kelepasan dari neraka”

Nabi S.A.W. bersabda lagi yang maksudnya
“mana-mana hamba yang mengerjakan sembahyang dalam rumahnya yang gelap dengan melakukan rukuk dan sujud yang sempurna, maka Tuhan akan membalas syurga kepadanya tanpa hisap”

Nabi S.A.W. bersabda yang bermaksud
“sesiapa yang mengerjakan sembahyang sunat dhuha sebanyak 12 rakaat, dibaca pada tiap-tiap rakaat surah Al-Fatihah sekali, Ayat kursi sekali, Al-Ikhlas sekali, nescaya turun dari langit 70 ribu malaikat yang membawa bersama-sama mereka beberapa keping kertas yang putih serta beberapa pena daripada Nur, sambil mereka menulis baginya sejumlah kebajikan sehingga hari yang ditiupkan padanya sangkakala (kiamat)”

Jadikanlah

Jadikanlah……

Yang tebal itu,

IMAN…….

Yang nipis itu,

LIDAH…….

Yang tajam itu,

AKAL……..

Yang lembut itu,

HATI…….

Yang ringan itu,

SOLAT…….

Yang halus itu,

SUARA……….

Yang luas itu,

ILMU……..

Yang manis itu,

SENYUMAN MU……………..

Kenali Otak

Menggunakan kedua-dua bahagian otak semasa belajar:
Otak kanan : sastera dan kreatif
Otak kiri : sains dan logic
• Merangsang semua deria untuk proses pembelajaran.
• Belajar secara aktif bukannya pasif.
• Membaca topik yang akan diajar oleh guru terlebih dahulu.
• Megulangkaji semula setiap subjek yang diajar oleh guru.
• Membaca doa sebelum dan selepas belajar.
• Menghormati guru.