adek syg,
Tuesday, September 15, 2009
Wednesday, September 2, 2009
PERJUANGAN
Belajar ibarat suatu pendakian,
Penat dan meletihkan
Belajar adalah suatu jihad,
Yang menuntut selautan pengorbanan,
Yang menuntut ketabahan
Ingat!!!jangan biarkan diri
Bingung dan keliru,
Genggam bara api
Mandi sampai basah
Berdayung biar sampai ke
Tepian tasik bahagia
Bukan untuk sesiapa
Tetapi
Untuk kehormatan dan maruah
Untuk hari esok
Untuk diri sendiri
Untuk orang yang disayangi
Kegunaan masa hadapan nanti
Penat dan meletihkan
Belajar adalah suatu jihad,
Yang menuntut selautan pengorbanan,
Yang menuntut ketabahan
Ingat!!!jangan biarkan diri
Bingung dan keliru,
Genggam bara api
Mandi sampai basah
Berdayung biar sampai ke
Tepian tasik bahagia
Bukan untuk sesiapa
Tetapi
Untuk kehormatan dan maruah
Untuk hari esok
Untuk diri sendiri
Untuk orang yang disayangi
Kegunaan masa hadapan nanti
CATATAN DUKA
Kenangan memori silam
Yang masih jelas melayari ingatan
Bak kata orang …..
“Semakin jauh perjalanan, Luas pemandangan”
Tapi bak kata hati….
“Semakin jauh perjalanan , Semakin banyak penderitaan”
Di wajah mempamer suka
Siapa tahu potret hati koyak dan bernanah
Aku yang bersendiri,terpenjara dan meronta
Tak siapa peduli
Tak henti-henti jiwa di palu
Dugaan demi dugaan menguji
Rebah dan bangun sendirian
Mencari dinding perteduhan perjalanan masa
Mengajar supaya aku semakin tabah
Tabah untuk mengharungi walau dalam
Kemarau,walau dalam gerimis
Tuhan
Aku bagaikan sebutir pasir yang lemah
Lagi kerdil
Teguhkanlah keimanan di hatiku
Agar tidak terpesong jauh darimu…

KENALI DIRI
aku?
Cuma pelajar biasa
Saban hari menghadap buku
Pelbagai warna,rupa,corak
Punya ketebalan maksima 2 inci
Terkadang terdetik rasa bosan
Tapi aku…
Anak yang memikul amanat
Maka aku…
Harus rela berkorban
Kata ayah,
Belajar bersungguh-sungguh
Kata ibu,
Prinsip biar teguh
Aku ingat itu…
Tunggu saja
Detik demi detik
Hari demi hari
Tahun demi tahun
Aku akan pulang
Bukan sebagai pelajar
Tetapi bergelar peguam muda
Cekap berwibawa
Petah berkata-kata
Nantikan saja!!!
Cuma pelajar biasa
Saban hari menghadap buku
Pelbagai warna,rupa,corak
Punya ketebalan maksima 2 inci
Terkadang terdetik rasa bosan
Tapi aku…
Anak yang memikul amanat
Maka aku…
Harus rela berkorban
Kata ayah,
Belajar bersungguh-sungguh
Kata ibu,
Prinsip biar teguh
Aku ingat itu…
Tunggu saja
Detik demi detik
Hari demi hari
Tahun demi tahun
Aku akan pulang
Bukan sebagai pelajar
Tetapi bergelar peguam muda
Cekap berwibawa
Petah berkata-kata
Nantikan saja!!!
MENGAPA BERDUSTA MENCIPTA KEBAHAGIAN
“Bintang terlihat terang saat diri mu datang,cinta yang dulu hilang kini kembali pulang,lihatlah dia mula menyanyi cuba merangkai mimpi cinta yang dulu pergi kini datang kembali”
Lagu nyanyian artis seberang,Kangen Band memenuhi kamar yang sempit dan using.Titis-titis mutiara mula membasahi kedua-dua belah pipi Sa’ad.Mohamad Sa’ad Al-mu’min yang ‘kehilangan’ibu kesayangannya sejak kecil lagi.Sa’ad tidak mengerti maksud ayah yang mengatakan ibu sudah mati, tapi nenek kata ibu masih hidup tapi tidak ada di sini.Persoalan ini membuatkan Sa’ad bertambah binggung dengan nasib hidupnya itu.Namun, kata Mak Timah, jiran sebelah rumahnya ibu lari rumah kerana tidak tahan dengan kelakuan ayah.
Peristiwa lampau itu,membuatkan Sa’ad terkenang kejadian kelmarin di mana dia hampir kehilangan nyawa disebabkan dia tidak dapat memenuhi keinginan ayahnya.Sepanjang skrip hidup Sa’ad,dia tidak pernah mengenal apa itu kebahagian,apa makna sebenar kegembiraan dan erti senyuman yang terukir.Selama ini hanya nenek dan Cikgu Afifah sahaja yang menjadi sandaran hati miliknya.Dia dipaksa bekerja mencari botol kosong dan surat khabar lama demi memenuhi keperluan rumah malahan kehendak ayahnya yang asyik berjudi siang dan malam.
Di sekolah ,Sa’ad di tempatkan di kelas lemah mungkin kerana mengalami masalah pembelajaran.Tidak mudah bagi Sa’ad apabila setiap hari dia terpaksa berdiri dengan pelbagai jenis ragam manusia.
Malahan dia sentiasa menjadi bahan ejekan rakan-rakannya yang lain.Hanya Cikgu Afifah sahaja tempat Sa’ad menabur rasa sedihnya.Pada suatu hari, dia tidak menyangka pergaduhan antara dia dan Afif menyebabkan mereka dipanggil guru besar serta ibu bapa mereka diminta hadir ke sekolah.
“Apa sebenarnya terjadi antara kalian ini.”Tanya Puan Tumiah selaku guru besar sekolah itu.
“Sa’ad yang mulakan dulu cikgu,”jawab Afif sambil memandang muka Sa’ad dengan perasaan yang marah.
“Betulkah,Sa’ad apa yang dikatakan Afif tadi?” Tanya Puan Tumiah ingin kepastian dari padanya.
“Betul cikgu.Saya percaya anak saya Afif memang tak bersalah.LIhat dari mukanya sahaja, saya tahu dia ini anak yang baik.Betulkan cikgu.” Sampuk ayah Afif tiba-tiba.
“Ya…. Tapi saya tak boleh membuat keputusan daripada keterangan sebelah pihak sahaja.” Terang Puan Tumiah tegas.
Sejak tadi lagi Sa’ad hanya tunduk dan terus membisu.Pelbagai persoalan bermain-main di kotak fikirannya.Ayah Sa’ad asyik menjeling kearahnya sejak daripada tadi lagi,mungkin apabila pulang nanti Sa’ad tidak mungkin dapat bernafas di bumi ini lagi.
“Sa’ad apa sebenarnya yang terjadi.Cikgu mahu awak jujur dan cakap perkara sebenar.”Tanya Puan Tumiah lagi.
“Saya………..saya tak……….” jawab Sa’ad gementar.Tiba-tiba tangan ayahnya melekap dipipinya.Air mata Sa’ad tidak semena-mena terkeluar di hadapan ayahnya.
“Sudah Encik Kamal………. Jangan buat Sa’ad begitu.”Kata Puan Tumiah.
Sa’ad yang tadinya hanya diam membisu, kini dia tidak dapat menahan kemarahannya.
“Pukullah saya ayah……..pukul sampai ayah puas.”Marah Sa’ad.
“Selama ini Sa’ad hanya berdiam diri.Sa’ad ikut apa sahaja kehendak ayah. Tapi ayah tak pernah membuat Sa’ad bahagia walaupun sesaat sahaja. Sa’ad tak mahu harta yang banyak,hidup dalam kemewahan. Cuma apa yang Sa’ad nak hanyalah kasih sayang daripada ayah dan ibu…….” Jawab Sa’ad teresak-esak.
“Ibu…….ha……….ha…… Ibu kamu tak pernah wujud. Dia dah membuatkan hidup ayah kamu menderita. Dia dah mati.”kata ayah .
“Siapa kata saya dah mati. Saya masih hidup lagi. Saya tak pernah membuatkan hidup awak menderita,tapi awak yang membuat hidup saya menderita.” Jawab Cikgu Afifah yang baru masuk ke dalam bilak guru besar.
“Awak……….”
“Ya saya. Kenapa awak terkejut.Saya masih tetap ibu Sa’ad.”
“Cikgu Afifahibu saya.Sa’ad tak faham kenapa seorang ibu sanggup meninggalkan anaknya sendiri.”Sa’ad tak sangka kata-kata begitu mudah terpacul dari mulutnya.
“Ibu ada sebab mengapa ibu meninggalkan Sa’ad.Tolong percaya ibu, Sa’ad
“Tidak, Sa’ad tak mahu percaya kata ibu atau ayah lagi. Cukuplah………… Cukuplah selama ini saya menderita,tanpa kegembiraan,tanpa kasih sayang, tanoa senyuman abadi dan tanpa kebahagiaan.” Jawab Sa’ad amat sedih denngan nasib hidupnya itu.
Sa’ad tidak dapat menahan rasa sedihnya itu.Dia beredar dari ruang bilik guru besar dan meninggalkan mereka yang berada di situ. Terbias pasir Gurun Sahara dijiwa kecilnya, percikan lava gunung berapi hampir memusnah jiwanya itu, dan panasnya sentuhan ganas ombak Tsunami merampas pautan talian kasih.Kini Sa’ad lebih mengrti apa guna menunggu insan yang sanggup meninggalkannya pada saat insan lain tersenyum dengan kehadirannya, apa guna mengemis kasih dengan insan yang cukup hina dimata insan lain, dan apa guna meratap sedih dengan insan yang hampir memusnahkan benteng pertahanan kasih sayang.
Langkah ini akan Sa’ad teruskan walaupun sukar.Diari kehidupan ini tak akan berakhir selagi nafas ini terhela.Bahasa perasan ini sudah cukup membuktikan Sa’ad tidak bahagia di dunia ini.Penderitaan yang dialaminya tidak seindah namanya.Dia bersyukur dilahirkan di dunia ini dengan sejuta keistimewaan dan sejuta penderitaan.Kerana semuanya mengajar dia erti kesabaran.Dain masih berpaut pada pautan kebahagiaan kerana sudah bertemu insan yamg dari dulu diimpikan ingin bertemu iaitu ibu.Namun kesedihan ini tidak mampu membendung kedukaan lampau.Senyuman yang terukir hanya satu pendustaan.Ketahuilah segala kebahagiaan ini hanya suatu pendustaan.Pendusaan yang dapat menutup kesedihan ini.
MORAL:Bersyukurlah dengan kehidupan ini walaupun orang lain cuba menghancurkan kebahagiaan ini kerana mereka cemburu tidak lahir seistimewa kita..

Subscribe to:
Comments (Atom)